Senarai Blog Saya

Isnin, 24 November 2014

KODIANG...



Assalammualaikum...

Alhamdulillah bersyukur dengan nikmatnya..

Nak tanya kodiang kat mana?. Tentu jawapannya di negeri kedah..tapi kali ni Kodiang di Perak...ha..ha...ha....

Ok lah..aku nak bercerita tentang rakan ternak bernama Syed Kodiang..tur dalam FB la..Aku lebih mesra memanggil Wan..Sebelum ni Alwi dah mencerita tentang taukeh bahulu dan kambing ni. Aku hanya mampu berusaha, hanya allah yang menentukannya..Kelmarin aku berkelapangan untuk usha kambing. Alhamdulillah Wan telah pun borong kesemua kambing tur..Moga2 target untuk mencapai sasaran bilangan ternakan beliau tercapai..Amin..
Pak Naim..seorang pembiak kambing kampung.. nak melepaskan kambing peliharaannya sebanyak 37 ekor kerana ingin mengalih kepada ternakan lembu. Banyak pengalaman yang aku dapat bila sembang dengan pak naim ni..Kerja harianya banyak..Sebelah pagi akan mengusahakan ladang sawit dan tanaman kontan, Pukul 2.30 ptg akan mengembala kambing dan pukul 6 ptg bawa bas kilang pulak..Ishh!! hebat Orang lama ni..Doaku semoga pak naim akan menceburi semula bidang ternakan kambing ni..

Yang di sebelah tur (pegang Ipad) adalah Wan ...Memang Low profil giler mamat ni..Masih baru macam aku juga la dalam ternakan kambing ni..kik..kik.. Dah banyak kambing dah cuma mau tambah lagi. Sebab bila modal dah keluar banyak so kena la lipat gandakan kambing tur...

Ni dia.. kambing Pak Naim 100% kampung..Biasalah bila orang lama yang bela, Vitamin, Ubat cacing injek2 memang tak tau langsung.. So kambing memang taff  kalau setakat hujan tur selamba jer makan.... JPV pun tak pernah jengok..Agak2 berapa wan nak jual kambing jantan tur.???.Pak naim jual best price kepada Wan..
Daun Semambu...Yang ni tinggal ranting jer la..Pak naim akan memberikan daun semambu ni 2-3 bulan sekali untuk kecacingan. Memang mujarab...
Antara kambing betina yang bunting berat.. Rezeki ko la Wan oi...
Eh!! Sempat possing pulak, kandang kecil jer, Tapi..produk A

Pokok Sawa atau ciku sama jer tur..Addaaa!!! keistimewaannya, Pak Naim akan potong daun ciku ni dan memberi makan kambing bila didapati kambingnya mengalami cherybery (cirit birit) la...yang ni tak pernah aku buat pada kambing aku lagi..Ok nanti aku akan cuba  pada kambing aku ..

OPsss!!.. lupa pulak nak cerita, mulanya aku ingatkan nak rahsia jer perkara ni. Tapi serba salah pulak, aku khuatir perkara sedemikan berlaku kepada penternak yang baru terjun dalam bidang ni..biasalah tentang trader yang tak bertanggung jawab la..Sebelum ni Wan telah dibekalkan kambing oleh seorang trader  yang kambing mengandungi CLA, Tak tau la silap tang mana. Mungkin pembekal nak lepaskan barang rosak atau wan tak chek betul2 masa menerima kambing tersebut, maklumla ter-excited..kik..kik...Setakat kini dah masuk 3 ekor dijangkiti CLA ...Pergh!! parah ni. ....Kemungkinan trader tur akan menghantar beberapa ekor lagi..Moga Wan lebih berhati2 dalam penghantaran kedua ni..Ternyata wan tersalah ''Gelanggang''..Nasihat aku carilah ''gelanggang'' yang betul-betul dan janganlah mencari ''gelanggang'' yang boleh diubah-ubah.
Ni kandang yang baru siap..Modal dah keluar banyak so,kerja kena kuat la..
Kos + upah RM 13K..murah giler tur..

Dah sampai dah korang di GEMUK_GEMUK AGRO FARM yer. Semoga kambing2 ni berisi macam tuan dia yer...kik..kik...Dengar cerita Wan buka jualan kambing jantan cukup umor tur sempena cuti sekolah ni...Sapa-siapa yang berada berdekatan kawasan dengan nyer boleh la pilih2...Yang pasti KAMBING DIGEMBALA..untuk pertanyaaan hubungi talian 019-2658965 lokasi Kampung Sungai Badak, Mukim Kota Setia, Kampung Gajah Perak...
Pesan aku,, kalau nak beli kambing pergi kekandang pembiak tersebut JANGAN pakai orang tengah...

Sekian ..salam pembiak...






2 ulasan:

  1. Syabas dan selamat maju jaya kepada bro Syed Kodiang!

    Syabas juga kpd bro Azizul dari Man Jadda Wa Jadda yang sudi menunjuk jalan kepada saudara pembiak!

    Syabas semua!

    BalasPadam