Senarai Blog Saya

Ahad, 23 November 2014

HARI KELUARGA DAN OLE-OLE

Assalammualaikum ...

Bersyukur kepada Ilahi kerana memberi apa yang aku doakan..Amin.
Seminggu sudah tak update blog aku ni kerana kesibukan kerja harian. Walaupun aku tiada coretan tapi aku setia mengikuti coretan kawan-kawan pembiak kambing yang lain..Tahniah!! macam -macam cerita...

Sesudah subuh 22 Nov suasana amat sejuk memandang hujan yang turun renyai-renyai dan diikuti dengan angin sepoi-sepoi bahasa maklumlah rumah dekat dengan laut....Ah!! Nyamannya kehidupan dunia yang dipinjamkan oleh Allah s.a.w ini.

Hari keluarga..Meriah.. Happy, Guddis, Makan Minum, Bermain ..Eh.. mcm macam lagi la..yang penting ikatan ukhwah sesama umat..

Antara saguhati yang diberikan..Tuala lagi tur, harga tak mahal manapun yang penting cop kenangan bila tiba masa kelak.
Ini la Ole-ole tur........Murah jer, tapi memberi kesenangan kepada aku..
Untuk cabutan bertuah daripada 74 hamper/hadiah aku dapat no 4..Perghhhhhh!! STAND MIXER tur..aku berfikir sejenak dan bertanya kepada wife aku?? nak dengan mixer ni??..baik dapat hamper boleh anak-anak aku makan... dengan selamba dia menjawab, ala tak la lengoh tangan saya nak melenyet ubi kantang lagi lepas ni....Ooo bagus juga idea orang pompuan ni..maklumlah kerja mengupas, merebus dan melenyet ubi kentang untuk side dishes kambing golek wife aku yang bantu...Semua allah dah atur  cuma kita perlu berfikir disebalik kejadian..amin 

Ops!!! ha ni NAVY PEOLPE mana pulak ni??..Ha..kalau nak tau ni la sebahagian rakan sepejabat, Aku masih berkhidmat dalam sektor goment dan ini adalah family day yang terakhir sebelum aku bersara...Ha...! nak tahu macam mana dalam service boleh ternak kambing, kena tunggula coretan aku yang akan datang.

Well done!! kepada AJK yang bertungkus lumus menjaya family daya ni..
Ok..lah cukup untuk kali ini.... Insyaalah esok aku buat coretan tentang KODIANG pulak...Kodiang kat kedah kan.!.kan..!kan..!

Salam penternak...Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan