Senarai Blog Saya

Isnin, 24 November 2014

KODIANG...



Assalammualaikum...

Alhamdulillah bersyukur dengan nikmatnya..

Nak tanya kodiang kat mana?. Tentu jawapannya di negeri kedah..tapi kali ni Kodiang di Perak...ha..ha...ha....

Ok lah..aku nak bercerita tentang rakan ternak bernama Syed Kodiang..tur dalam FB la..Aku lebih mesra memanggil Wan..Sebelum ni Alwi dah mencerita tentang taukeh bahulu dan kambing ni. Aku hanya mampu berusaha, hanya allah yang menentukannya..Kelmarin aku berkelapangan untuk usha kambing. Alhamdulillah Wan telah pun borong kesemua kambing tur..Moga2 target untuk mencapai sasaran bilangan ternakan beliau tercapai..Amin..
Pak Naim..seorang pembiak kambing kampung.. nak melepaskan kambing peliharaannya sebanyak 37 ekor kerana ingin mengalih kepada ternakan lembu. Banyak pengalaman yang aku dapat bila sembang dengan pak naim ni..Kerja harianya banyak..Sebelah pagi akan mengusahakan ladang sawit dan tanaman kontan, Pukul 2.30 ptg akan mengembala kambing dan pukul 6 ptg bawa bas kilang pulak..Ishh!! hebat Orang lama ni..Doaku semoga pak naim akan menceburi semula bidang ternakan kambing ni..

Yang di sebelah tur (pegang Ipad) adalah Wan ...Memang Low profil giler mamat ni..Masih baru macam aku juga la dalam ternakan kambing ni..kik..kik.. Dah banyak kambing dah cuma mau tambah lagi. Sebab bila modal dah keluar banyak so kena la lipat gandakan kambing tur...

Ni dia.. kambing Pak Naim 100% kampung..Biasalah bila orang lama yang bela, Vitamin, Ubat cacing injek2 memang tak tau langsung.. So kambing memang taff  kalau setakat hujan tur selamba jer makan.... JPV pun tak pernah jengok..Agak2 berapa wan nak jual kambing jantan tur.???.Pak naim jual best price kepada Wan..
Daun Semambu...Yang ni tinggal ranting jer la..Pak naim akan memberikan daun semambu ni 2-3 bulan sekali untuk kecacingan. Memang mujarab...
Antara kambing betina yang bunting berat.. Rezeki ko la Wan oi...
Eh!! Sempat possing pulak, kandang kecil jer, Tapi..produk A

Pokok Sawa atau ciku sama jer tur..Addaaa!!! keistimewaannya, Pak Naim akan potong daun ciku ni dan memberi makan kambing bila didapati kambingnya mengalami cherybery (cirit birit) la...yang ni tak pernah aku buat pada kambing aku lagi..Ok nanti aku akan cuba  pada kambing aku ..

OPsss!!.. lupa pulak nak cerita, mulanya aku ingatkan nak rahsia jer perkara ni. Tapi serba salah pulak, aku khuatir perkara sedemikan berlaku kepada penternak yang baru terjun dalam bidang ni..biasalah tentang trader yang tak bertanggung jawab la..Sebelum ni Wan telah dibekalkan kambing oleh seorang trader  yang kambing mengandungi CLA, Tak tau la silap tang mana. Mungkin pembekal nak lepaskan barang rosak atau wan tak chek betul2 masa menerima kambing tersebut, maklumla ter-excited..kik..kik...Setakat kini dah masuk 3 ekor dijangkiti CLA ...Pergh!! parah ni. ....Kemungkinan trader tur akan menghantar beberapa ekor lagi..Moga Wan lebih berhati2 dalam penghantaran kedua ni..Ternyata wan tersalah ''Gelanggang''..Nasihat aku carilah ''gelanggang'' yang betul-betul dan janganlah mencari ''gelanggang'' yang boleh diubah-ubah.
Ni kandang yang baru siap..Modal dah keluar banyak so,kerja kena kuat la..
Kos + upah RM 13K..murah giler tur..

Dah sampai dah korang di GEMUK_GEMUK AGRO FARM yer. Semoga kambing2 ni berisi macam tuan dia yer...kik..kik...Dengar cerita Wan buka jualan kambing jantan cukup umor tur sempena cuti sekolah ni...Sapa-siapa yang berada berdekatan kawasan dengan nyer boleh la pilih2...Yang pasti KAMBING DIGEMBALA..untuk pertanyaaan hubungi talian 019-2658965 lokasi Kampung Sungai Badak, Mukim Kota Setia, Kampung Gajah Perak...
Pesan aku,, kalau nak beli kambing pergi kekandang pembiak tersebut JANGAN pakai orang tengah...

Sekian ..salam pembiak...






Ahad, 23 November 2014

HARI KELUARGA DAN OLE-OLE

Assalammualaikum ...

Bersyukur kepada Ilahi kerana memberi apa yang aku doakan..Amin.
Seminggu sudah tak update blog aku ni kerana kesibukan kerja harian. Walaupun aku tiada coretan tapi aku setia mengikuti coretan kawan-kawan pembiak kambing yang lain..Tahniah!! macam -macam cerita...

Sesudah subuh 22 Nov suasana amat sejuk memandang hujan yang turun renyai-renyai dan diikuti dengan angin sepoi-sepoi bahasa maklumlah rumah dekat dengan laut....Ah!! Nyamannya kehidupan dunia yang dipinjamkan oleh Allah s.a.w ini.

Hari keluarga..Meriah.. Happy, Guddis, Makan Minum, Bermain ..Eh.. mcm macam lagi la..yang penting ikatan ukhwah sesama umat..

Antara saguhati yang diberikan..Tuala lagi tur, harga tak mahal manapun yang penting cop kenangan bila tiba masa kelak.
Ini la Ole-ole tur........Murah jer, tapi memberi kesenangan kepada aku..
Untuk cabutan bertuah daripada 74 hamper/hadiah aku dapat no 4..Perghhhhhh!! STAND MIXER tur..aku berfikir sejenak dan bertanya kepada wife aku?? nak dengan mixer ni??..baik dapat hamper boleh anak-anak aku makan... dengan selamba dia menjawab, ala tak la lengoh tangan saya nak melenyet ubi kantang lagi lepas ni....Ooo bagus juga idea orang pompuan ni..maklumlah kerja mengupas, merebus dan melenyet ubi kentang untuk side dishes kambing golek wife aku yang bantu...Semua allah dah atur  cuma kita perlu berfikir disebalik kejadian..amin 

Ops!!! ha ni NAVY PEOLPE mana pulak ni??..Ha..kalau nak tau ni la sebahagian rakan sepejabat, Aku masih berkhidmat dalam sektor goment dan ini adalah family day yang terakhir sebelum aku bersara...Ha...! nak tahu macam mana dalam service boleh ternak kambing, kena tunggula coretan aku yang akan datang.

Well done!! kepada AJK yang bertungkus lumus menjaya family daya ni..
Ok..lah cukup untuk kali ini.... Insyaalah esok aku buat coretan tentang KODIANG pulak...Kodiang kat kedah kan.!.kan..!kan..!

Salam penternak...Wassalam

Selasa, 11 November 2014

WATSAPP

Assalammualaikum...

Bertemu kembali Yoshhh!!!!, Menternak kambing memerlukan connecting antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat, membantu menyelesaikan masalah dalam apa jua bidang pekerjaan. Dunia tanpa sempadan, telah wujud berbagai  jaluran connecting untuk kegunaan hamba Allah di muka bumi ini...Kali ini aku nak masuk bab WATSAPP




















Ada kenyataan yang menyatakan watsapp adalah fitnah masa kini..berbagai kejadian aneh berlaku bila seseorang itu mula mengakseskan aplikasi ini..Ada yang bercerai berai, bergaduh dan macam-macam lagi la...STOP!..Nyahkan presepsi itu dalam kotak fikiran kita...Seperti nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramli " Buang yang keroh Ambil yang Jernih"....

Sekarang aku guna watsapp ni sebagai mengeratkan hubungan silaturrrahim, perniagaan dan ''Tunjuk Ajar Ku Sifu'' kambing la.

Bagus...Terbaik!!!

Grop Watsap ''Penternak Kambing Kampung'' admin dia tak perlu aku cerita la...Bermula dari 4 ahli kini bertambah-tambah ahlinya ,,yang pasti semestinya ahli-ahlinya adalah penternak tegar kambing darah tempatan dan Otai masih berbisa...So..kalau sapa nak join grop ni kena tapisan ketat kot??kik..kik.

Dikala ini ramai penternak yang baru menternak termakan dek ayat-ayat power yang tujuan menjual ternakannya yang menggelar dirinya hebat, Jadi aku buat sikit nukilan bagi korang layan yer..

Dalam apa jua perlaksanana tugas mahupun tanggungjawab yang dilaksanakan jangan kita lupa untuk terus berkongsi ilmu dan jangan sesekali kita merasakan diri kita lebih ''TAU''(tahu) dari orang lain. Tidak rugi jika kita ada ilmu kita kongsi atau rasa tidak pasti kita bertanya daripada kita tak ambik "TAU"

TAU, TAK TAU DAN TAU-TAU

RAMAI DI ANTARA KITA YANG MERASAKAN DIA TAU
SEMUA PERKARA SEBAB ITU DIA TAK AMBIK TAUKERNA
BANGGA DENGAN APA YANG ADA ATAU DAH MERASA
BIJAK MAKA DIA MERASAKAN DIA TAU SEGALANYA. SEBAB ITU
DIA TAK AMBIK TAU KERNA MERASAKAN DAH TAU.

DALAM APA JUA PERKARA KENA AMBIK TAU WALAUPUN KITA
RASA KITA DAH TAU MUNGKIN APA YANG KITA TAU CUMA SEDIKIT
DARI APA YANG ORANG LAIN TAU, BILA NANTI KITA TAK AMBIK TAU
ORANG LAIN PUN TAK TAU APA SEBENARNYA KITA TAU ATAUPUN 
TAK TAU. JANGAN MERASAKAN SEMUA BENDA KITA TAU NANTI
SUATU MASA BILA ORANG DAH MULA BERTANYA BARU SEMUA TAU
YANG KITA NI BANYAK BENDA TAK TAU CUMA PERASAN JER ......TAU.

PADA MASA TU NANTI BARU LA ORANG AKAN KATA LA ..INGATKAN
DIA TAU, NAMPAK MACAM TAU RUPANYA TAK TAU Oooo... BARU LA
AKU TAU. DARI ITU CUBALAH AMBIK TAU SEGALA PERKARA YANG
MUNGKIN KITA CUMA TAU DAN TAK LER BERAPA TAU, SEMOGA
KITA NANTI TIDAK LA DIKATAKAN, ALAH TAU-TAU JE LAH DIA TUR....

Sekian Jumpa lagi...









Isnin, 10 November 2014

KAMBING GOLEK

Assalammualaikum..

Bertemu kembali. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt yang telah memberikan ku kekuatan bagi meneruskan pekerjaan MAKANAN SUNNAH ni.. MAN JADDA WA JADDA FARM telah menerima tempahan kambing golek sebanyak 3 ekor untuk 2 event pada hari Jumaat yang lalu. Amin....

Purata berat 13-20kg
Ha...ha.. dah di marinate. Kebiasaannya aku perap lebih 6 jam agar lebih nyummmm...
Untuk Side Dishes. Wah! terkezut aku barang agak mahal la..Oooo lupa pulak harga minyak dah naik.. 
Jeng..jeng..jeng...Ops!!!!...banyak kekurangan lagi untuk uruskan bab kambing golek ni..Mana safety shoes?topi? so aku akan update dari masa ke semasa, maklumlah partime lagi.
Oooo.. sebelum terlupa, Radhi adalah asist aku , rajin, cepat tangkap, kira aku boleh diharap..orang jengka kira dekat dengan rumah mertua bro Alwigostfarm la.. bersara nanti katanya nak jadi pembekal lembu dan kambing di jengka...
Sebahagian pemain HOKI TLDM sempat possing emmmbek!!!!!.. Mantap oo.. juara dah banyak kali dah.. yang bagus untuk aku dengar ulasan coachnya'' setiap kali ada tournament dah menang, kita makan kambing golek' .. untuk poengetahuan ini adalah kali kedua aku menggolek kambing untuk Persatuan hoki ni.. So, faham2 la kalau order kedua kalinya dah tentu.............. Nak rasa order la yer...
Ha!!..ni ha... Side dishes aku.. ''Homemade'' lagi tur.. Coslow, Mashed Potato, Salad, Blackpaper sos,..
 
Nyum..nyummm

Encik!!! Encik!!!  buat macam ni sepinggan boleh?

Cuu..cak..!! dah  habis..Sorry tak leh nak update satu lagi event yang sebelah malamnya sebab tak ada jurufoto..kik..kik...Jumpa lagi...

 

Rabu, 5 November 2014

Satu anjakan Paradigma..

Assalammualaikum..

Tanggal 5 Nov 14 sejarah buat aku kerana pada hari ini terbitnya sebuah blog untuk coretan ku untuk dikongsi bagi tatapan semua...Alhamdulillah diberi kekuatan untuk mewujudkan blog ni..terima kasih juga kepada geng-geng watsapp ''PENTERNAK KAMBING KAMBING" kalian semua pencetus idea untuk wujud blog ini...Otai ramai ooo dalam grop ni....kik..kik..Oppppss.. sikit2 dah la.. jumpa lagi yer...EMMBEKKK 1 x..